ANGGOTA bomba memadam kebakaran rumah terbabit. FOTO Rosli Ilham
ANGGOTA bomba memadam kebakaran rumah terbabit. FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham


SEKUMPULAN pekerja kontrak sebuah syarikat minyak dan gas berputih mata apabila kediaman yang baru sehari disewa musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Limbong, Paka, di sini, semalam.

Kejadian jam 11.50 pagi itu, menyebabkan barangan peribadi dan sebuah motosikal milik 13 pekerja berkenaan hangus terbakar.

Difahamkan ketika kebakaran berlaku kediaman berkenaan kosong berikutan semua penyewa keluar untuk bekerja.

Kejadian disedari, Mat Daud Ismail, 51, selepas melihat api dari sebuah bilik di rumah berkenaan yang bersebelahan dengan kediamannya.

“Saya tidak sempat nak buat apa-apa kerana api merebak dengan pantas. Malah ketika itu saya cemas, risau kebakaran merebak ke rumah saya, mujur ada penduduk yang menghubungi bomba

MAT Daud. FOTO Rosli Ilham
MAT Daud. FOTO Rosli Ilham

.

“Setahu saya kumpulan penyewa ini baru menyewa rumah ini dan mereka ini dikatakan pekerja kontrak sebuah syarikat minyak dan gas di Kerteh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paka, Penolong Pegawai Bomba, Mohd Rezuan Adnan ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.58 pagi.

Katanya susulan panggilan diterima, sebuah jentera bersama sembilan anggota bergegas ke lokasi untuk menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Operasi turut dibantu dua jentera dan tujuh anggota dari BBP Dungun, kebakaran dipadamkan sepenuhnya jam 1.25 tengah hari.

“Bagaimanapun, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Julai 2019 @ 6:00 AM