GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Norrasyidah Arshad


PEMBERIAN air percuma di Selangor akan ditambah daripada 20 meter padu kepada 25 meter padu sebulan.

Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata, bagaimanapun skim pemberian air percuma itu hanya diberikan kepada golongan sasar yang berada dalam kalangan B40.

Katanya, golongan B40 itu adalah mereka yang berdaftar dan mempunyai data dengan program E-Kasih.

"Kerajaan Selangor akan membuat penjajaran semula peruntukan Program Air Percuma dengan fokus akan diberi kepada golongan sasar yang berada d

dalam golongan B40.

"Kerajaan negeri yakin golongan B40 ini lebih berkeperluan dan lebih menghargai bantuan air percuma ini," katanya ketika membentang Belanjawan Selangor 2019 di Shah Alam, hari ini.

Amirudin berkata, peruntukan untuk skim air percuma itu membabitkan dana RM80 juta selepas penjajaran dibuat.

Katanya, dengan tindakan itu, pihaknya dapat membuat penjimatan sebanyak RM105.2 juta.

"Penjimatan ini akan dapat dikembalikan kepada rakyat melalui program pembangunan dan program mensejahterakan rakyat," katanya.

Pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu kepada rakyat Selangor dimulakan pada 2008 selepas pentadbiran kerajaan Selangor diambil alih Pakatan Rakyat dan diteruskan sehingga kini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 November 2018 @ 6:18 PM