KEADAAN Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Saratok-Debak, Saratok, hari ini. FOTO Ihsan JBPM
KEADAAN Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Saratok-Debak, Saratok, hari ini. FOTO Ihsan JBPM
Mohd Roji Kawi


DUA maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan Perodua Myvi bertembung dan Toyota Hilux di Jalan Saratok-Debak, Saratok, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, mangsa yang maut adalah penumpang kereta Kiung Ming King, 51, dan pemandu pikap Joshua Jelinggai, 27.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan jam 1.36 tengah hari sebelum lapan anggota termasuk anggota EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Saratok dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi, komander operasi mendapati Toyota Hilux remuk teruk dan terbalik di tebing jalan, manakala lelaki yang memandu pikap itu didapati tersepit.

“Semua lima mangsa di dalam Perodua Myvi pula dikeluarkan oleh orang awam dengan seorang penumpang wanita disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Katanya, pihaknya terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa di dalam Toyota Hilux yang kemudiannya disahkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 November 2018 @ 6:11 PM