Ifwan Tun Tuah


LALUAN Lebuhraya PLUS Senawang-Pedas Linggi yang ditutup berikutan kemalangan membabitkan treler dan dua lori tangki, hari ini, kini sudah dibuka semula.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, dua lorong bagi laluan menghala ke selatan itu dibuka pada 9.10 pagi.

"Laluan tiga lorong dari Senawang di sini ke susur keluar Pedas Linggi di Rembau ditutup sepenuhnya berikutan kemalangan jam 5.46 pagi berkenaan.

"Berikutan itu, kenderaan dari arah Kuala Lumpur yang menuju Selatan, dilencongkan keluar melalui Plaza Tol Senawang dan menggunakan Jalan Seremban-Tampin sebelum masuk semula ke PLUS melalui Plaza Tol Pedas Linggi.

"Pada 9.10 pagi, dua lorong menuju ke arah Selatan, termasuk satu lorong kontra dibuka semula bagi melancarkan aliran trafik," katanya dalam kenyataan di Seremban, hari ini.

Dalam kemalangan di Kilometer 254.3 PLUS berhampiran Plaza Tol Senawang 5.46 pagi tadi, pemandu lori maut.

Kejadian itu menyebabkan kesesakan hampir dua jam dan laluan Senawang- Pedas Linggi itu ditutup.

Berita berkaitan:

  • 1 maut, 3 lori bertembung
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 November 2018 @ 10:39 AM