KEADAAN bas  yang merempuh lori, semalam.
KEADAAN bas yang merempuh lori, semalam.

Rembau: Seorang wanita warga emas warga Singapura parah apabila bas dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 231.7, Lebuhraya PLUS, arah utara berhampiran Plaza Tol Pedas-Linggi, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Ibrahim Shariff berkata, dalam kejadian jam 3.20 pagi, mangsa, Tan Ah Moi, 81, bersama-sama 29 penumpang lain dari Ayer Keroh, Melaka menuju ke Senawang.

Katanya, bas yang dipandu hilang kawalan dan merempuh lori di hadapan.

“Akibatnya wanita itu yang berada di tempat duduk penumpang parah dan cedera di kaki serta tangan.

“Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut,” katanya.

Ibrahim berkata, sementara itu, 29 penumpang lain, pemandu bas dan pemandu lori muatan dawai tidak cedera.

“Polis memaklumkan keluarga mangsa mengenai kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Ogos 2017 @ 4:09 AM