KEADAAN lori membawa muatan bahan makanan tersalah lorong lalu melanggar palang di Plaza Tol Senawang. FOTO Ihsan Pembaca
KEADAAN lori membawa muatan bahan makanan tersalah lorong lalu melanggar palang di Plaza Tol Senawang. FOTO Ihsan Pembaca
Ifwan Tun Tuah


LORI membawa muatan bahan makanan tersalah lorong lalu melanggar palang di Plaza Tol Senawang di Seremban, malam tadi.

Jurucakap Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian 7.04 malam itu.

“Lori berkenaan yang dalam perjalanan untuk keluar dari PLUS melalui plaza tol ini tersalah masuk ke lorong yang dikhaskan untuk kenderaan kelas 1 atau ringan.

“Pemandu dipercayai tidak sempat memberhentikan lori itu lalu melanggar palang yang rendah,” katanya.

Katanya, lorong berkenaan ditutup untuk sementara waktu bagi membolehkan kerja baik pulih dilakukan, bagaimanapun penutupan itu tidak menjejaskan aliran trafik di kawasan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 November 2018 @ 12:11 PM