SAIFUDDIN (dua dari kiri) bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menghadiri Majlis Perasmian Kongres KEADILAN ke-13, 2018 di Pusat Konvensyen IDCC, Shah Alam. FOTO/ MOHD YUSNI ARIFFIN

SAIFUDDIN (dua dari kiri) bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menghadiri Majlis Perasmian Kongres KEADILAN ke-13, 2018 di Pusat Konvensyen IDCC, Shah Alam. FOTO/ MOHD YUSNI ARIFFIN

Mohd Iskandar Ibrahim


NAIB Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli menjadi tonggak penting dalam memastikan kemenangan Pakatan Harapan (PH) terutama PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, peranan dimainkan Rafizi dan pasukannya INVOKE menggunakan sistem ‘big data’ memberi kelebihan kepada PH.

“Ada seorang sahabat memberitahu kepada saya, gabungan pembangkang ketika itu tidak akan berjaya menang pilihan raya jika terus menggunakan pendekatan serupa berulang kali.

“Hari ini saya ingin memberitahu kepada semua dan ingin berterima kasih kepada saudara Rafizi dan pasukannya, INVOKE yang memainkan peranan penting dalam kemenangan PH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan pada Kongres Nasional PKR Ke-13 di Pusat Konvensyen IDCC, Shah Alam, hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, perjalanan jauh PKR sehingga kemenangan PH pada 9 Mei lalu menyaksikan kebangkitan sukarelawan dalam kalangan rakyat yang mahu perubahan.

Sementara itu, beliau berkata, kongres PKR yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini akan menjadi platform kepada perwakilan menyuarakan pendapat mereka dalam usaha memajukan parti dan negara.

“Jangan sesekali kita lupa alasan utama rakyat memilih kita adalah untuk terus berkhidmat kepada mereka dan memberikan sinar baharu serta harapan kepada negara,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 November 2018 @ 1:31 PM