CALON Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad Stephens, Kiulu berdoa mengikut kepercayaan masing-masing sebelum menduduki peperiksaan. FOTO Recqueal Raimi
CALON Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad Stephens, Kiulu berdoa mengikut kepercayaan masing-masing sebelum menduduki peperiksaan. FOTO Recqueal Raimi
Recqueal Raimi


“SEBELAS tahun saya berjalan sejauh enam kilometer (km) ke sekolah. Tak mungkin saya sia-siakan keperitan seperti itu.”

Demikian kata calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Clein Jeans Raymond, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad Stephens Kiulu di Tuaran yang menjadikan pengalaman itu pembakar semangat menghadapi peperiksaan bermula hari ini.

“Sejak di sekolah rendah, saya sudah berjalan setiap hari dari rumah di Kampung Mantaranau ke sekolah,” katanya.

Clein anak sulung daripada lima beradik berkata, dia tidak risau berjalan dalam keadaan gelap seawal 5.30 pagi kerana ditemani beberapa pelajar sekampung termasuk murid sekolah rendah.

Menurut Clein, dia bercita-cita menjadi petani moden atau guru pada masa depan berazam mencapai keputusan cemerlang kerana mahu mengubah taraf hidup keluarga, terutama membantu kedua ibu bapanya yang bekerja sebagai petani.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 November 2018 @ 10:19 AM