Oleh Azlan Muhammad Zain


Shah Alam: Penyerang Vietnam, Le Cong Vinh menganggap dua pertahanan tengah negara, Muslim Ahmad dan Fadhli Shas terlalu lembap.

Cong Vinh berjaya mengucar-ngacirkan pertahanan negara termasuk pertahanan kanan dan kiri negara, Mahalli Jasuli dan Zubir Azmi.

Malah dia yang sudah meledak dua gol dalam Piala AFF kali ini hampir meledak jaringan namun gagal.

“Dua pertahanan tengah itu kuat, namun tidak terlalu pantas dan dalam bola sepak ia bukan soal barisan pertahanan saja.

“Sebelas pemain yang berada atas padang perlu bekerjasama menghasilkan aksi yang bagus,” katanya.

Bagaimanapun Cong Vinh tidak melihat kemenangan 2-1 malam tadi membolehkan Vietnam mengimpikan aksi final.

“Ini umpama babak pertama dan Hanoi separuh masa kedua. Pemain perlu fokus dan mempamerkan semangat juang yang tinggi,” kata kapten Vietnam itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Disember 2014 @ 6:56 AM