GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Norrasyidah Arshad


TIGA guru termasuk seorang guru besar yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam atas kesalahan membabitkan rasuah berkaitan pertukaran sekolah, direman tiga hari di Mahkamah Majistret Klang, hari ini.

Majistret Azimah Mohd Yusof membenarkan permohonan perintah reman terbabit terhadap semua suspek lelaki yang berusia antara 35 hingga 52 tahun itu, bermula hari ini.

Kesemua mereka bertugas di sekolah rendah di Pandamaran, dekat Klang.

Pada 3.25 petang semalam, ketiga-tiga individu itu ditahan di restoran di Taman Pendamar Indah 2, Pandamaran, Pelabuhan Klang.

Sumber SPRM berkata, seorang suspek dikatakan meminta dan menerima wang suapan daripada pengadu sebanyak RM5,000 sebagai balasan untuk memohon guru besar menyokong permohonan pengadu untuk bertukar ke sekolah lain.

Selain menahan semua suspek, SPRM turut menyita wang tunai terbabit yang ditemui di lokasi kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Berita berkaitan

SPRM tahan tiga guru termasuk guru besar

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 November 2018 @ 1:30 PM