WAN Najmuddin (kiri) ketika lawatan ke Balai Polis. FOTO Nadim Bokhari
WAN Najmuddin (kiri) ketika lawatan ke Balai Polis. FOTO Nadim Bokhari
LOKASI kejadian FOTO arkib NSTP
LOKASI kejadian FOTO arkib NSTP
Ekhwan Haque Fazlul Haque


TIADA sebarang penahanan baru akan dibuat sehingga laporan bedah siasat kedua bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan diserahkan kepada polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, laporan bedah siasat kedua itu masih dapat proses dilengkapkan pasukan forensik dan patologi.

Menurutnya, setakat ini tiada sebarang tangkapan baru dibuat untuk siasatan lanjut selepas beberapa anggota keluarga Nazrin ditahan sebelum ini untuk membantu siasatan.

"Saya tidak dapat untuk komen lebih lanjut berhubung kes ini kerana polis masih belum menerima laporan bedah siasat kedua. Sebarang tindakan lanjut akan dibuat selepas laporan berkenaan diperoleh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan Pemeriksaan Balai Polis Perintah Tetap Ketua Polis Negara bagi Kontinjen Sarawak di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, Kuching, hari ini.

WAN Najmuddin (kiri) ketika lawatan ke Balai Polis. FOTO Nadim Bokhari
WAN Najmuddin (kiri) ketika lawatan ke Balai Polis. FOTO Nadim Bokhari

Sebelum ini, NSTP melaporkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya 1 Oktober lalu membenarkan polis menggali semula kubur Nazrin Hassan yang meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Damansara, Jun lalu.

Hasil semakan di mahkamah mendapati permohonan itu dibuat polis bagi mendapatkan mayat Nazrin untuk menjalankan bedah siasat kali kedua selepas permohonan itu dibuat pegawai penyiasat kes berkenaan di dalam kamar Majistret Nor Ariffin Hisham.

Pada 3 Ogos lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengklasifikasikan kes kematian Nazrin sebagai kes bunuh.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Oktober 2018 @ 12:10 PM