GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
M Hifzuddin Ikhsan dan Petah Wazzan Iskandar

GRAB akan diminta menggunakan kenderaan yang diluluskan kerajaan, membayar insurans dan membayar cukai sama seperti teksi bagi memastikan persaingan adil, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Langkawi, hari ini.

Dr Mahathir berkata, beliau pernah membangkitkan perkara ini dalam Kabinet.

"Saya beritahu Menteri (Pengangkutan) supaya memperbetulkannya, tetapi malang sehingga kini tiada kemajuan langsung.

"Saya akan usaha lagi... saya pun rasa tidak adil. Perkara ini dalam perhatian saya tetapi saya tidak boleh bagi jaminan hapuskan GRAB, tetapi kita boleh samakan mereka dengan teksi," katanya pada Sesi Dialog Bersama Pemandu Teksi Langkawi di Langkawi, hari ini.

Sesi dialog itu dihadiri hampir 200 pemandu teksi Langkawi yang mendakwa pendapatan mereka terjejas ekoran perkhidmatan e-hailing.

Ketika Dr Mahathir memberi penjelasan berhubung isu e-hailing itu, kira-kira 10 pemandu teksi bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dan membuat bising sebelum keluar dewan.

Berita berkaitan:

Tun M kesal tindakan biadap pemandu teksi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Oktober 2018 @ 11:48 AM