Syazwan Msar

Kuala Lumpur: Mereka bagaikan ‘kupu-kupu siang dan malam’ berlegar di kaki lima premis perniagaan dan melepak di kedai makan untuk menjual tubuh secara terbuka kepada lelaki hidung belang.

Itu antara situasi yang boleh dilihat di beberapa lokasi di bandar raya ini apabila pelacur ‘freelance’ atau tanpa tuan bebas bergerak mencari pelanggan tanpa gentar ditahan pihak berkuasa di kawasan terbabit.

Antara lokasi popular pelacur yang terdiri daripada warga tempatan dan asing ini adalah di Wisma Indah berhampiran Jalan Peel, Bukit Bintang dan lorong di sekitar Chow Kit dan Jalan Pudu, di sini, yang berpelesaran hampir 24 jam sehari mencari pelanggan.

Tinjauan Harian Metro berdasarkan aduan orang ramai baru-baru ini, mendapati kawasan berhampiran Wisma Indah tidak ubah seperti sarang pelacuran dengan kira-kira 20 wanita merayau mencari lelaki hidung belang di kawasan berkenaan.

Pelacur berkenaan yang berusia lingkungan 20 hingga 50-an itu tanpa segan silu memanggil lelaki yang berada di kawasan terbabit dengan servis ditawarkan dalam lingkungan RM30 hingga RM150 untuk satu sesi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 September 2018 @ 11:36 AM