DR Halimah  beramah mesra bersama penduduk DUN Seri Setia  di Sekolah Kebangsaan Kampung Lindungan, semalam.
DR Halimah beramah mesra bersama penduduk DUN Seri Setia di Sekolah Kebangsaan Kampung Lindungan, semalam.
HM Digital

Petaling Jaya: PAS menyifatkan hujah calon Pakatan Harapan (PH), Halimey Abu Bakar sebagai ketinggalan zaman selepas berterusan menyerang peribadi calon parti itu yang dikatakan sebagai orang luar dan tidak mengenali penduduk tempatan.

Calon PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Dr Halimah Ali berkata, gaya kempen PH yang sering menggunakan modal anak tempatan sebagai kelebihan juga tidak mengikut peredaran masa.

“Halimey perlu sedar gaya hidup di bandar tidak sama seperti di kampung yang penduduknya sering berpindah randah.

“Isu lahir di sini atau tidak sebenarnya tidak menjamin apa-apa kemenangan kerana penduduk hanya mahukan wakil rakyat yang boleh laksanakan tugas dengan baik.

This is urban (ini kawasan bandar), tak boleh fikir macam orang kampung, kadang-kadang memang lahir di sini, tapi membesar tempat lain, belum tentu penduduk kenal,” katanya selepas menyantuni penduduk sekitar Sekolah Kebangsaan Kampung Lindungan di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 September 2018 @ 11:01 AM