Wartawan NSTP

TIGA anggota Pasukan Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang masih berkhidmat sebagai pengiring rapat bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein diberi arahan untuk kembali melapor diri kepada ATM.

Perkara itu disahkan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Media sebelum ini melaporkan Bahagian Hal Ehwal Awam -J17, Markas ATM dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa tiga anggota itu sudah ditamatkan penugasan sebagai pengiring rapat kepada Hishammuddin, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Kenyataan sama turut berkata, ATM akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan semua anggota yang masih berkhidmat tidak melaksanakan apa jua tugasan dengan pihak yang tidak mempunyai hak dan kaitan berdasarkan peraturan semasa.

“Dalam masa sama, tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana anggota sekiranya mereka didapati melanggar perintah dan peraturan semasa,” kata kenyataan itu.

Berita berkaitan

'Patut dah lama tamat tugas'

[UPDATE] Khidmat sementara waktu sahaja

MINDEF siasat tiga 'pengiring' Hishammuddin...

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Ogos 2018 @ 10:13 AM