Keadaan mayat mangsa. FOTO Ihsan Polis
Keadaan mayat mangsa. FOTO Ihsan Polis

Norasikin Daineh

[email protected]

SEORANG penunggang motosikal maut selepas dirempuh treler dalam kemalangan di Kilometer 32, Jalan Lama Papar, di Papar, malam semalam.

Dalam kejadian 10.58 malam itu, lelaki berusia 20-an meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Ladamah Sulaiman berkata, ketika kejadian, lelaki berkenaan dalam perjalanan dari arah Papar menghala ke Kota Kinabalu.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, mangsa dipercayai memintas sebuah treler di sebelah kiri jalan.

“Bagaimanapun, motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan tergelincir sebelum mangsa terjatuh di atas jalan.

“Pemandu treler tidak sempat mengelak dan merempuh mangsa,” katanya

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Papar untuk bedah siasat

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Ogos 2018 @ 12:15 PM