KEADAAN kenderaan yang dirempuh bas Rapid KL dari Kampung Keramat menghala ke MRR2 kira-kira 8 malam semalam menyebabkan empat cedera. FOTO NSTP
KEADAAN kenderaan yang dirempuh bas Rapid KL dari Kampung Keramat menghala ke MRR2 kira-kira 8 malam semalam menyebabkan empat cedera. FOTO NSTP
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


PEMANDU bas Rapid KL yang terbabit dalam insiden rempuhan tujuh kereta di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, direman selama empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, pemandu berusia 32 tahun itu ditahan malam tadi kerana positif dadah jenis syabu.

"Majistret Kuala Lumpur membenarkan reman terhadap suspek selama empat hari bagi menjalankan siasatan berhubung kejadian.

"Pemandu bas berkenaan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada Khamis lalu, tujuh kereta dilanggar bas RapidKL yang dalam perjalanan dari Datuk Keramat menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Kejadian berkenaan tular di laman sosial selepas video berdurasi 1 minit 40 saat mengenai kejadian menunjukkan bas berkenaan dipandu dengan laju apabila dikejar penunggang motosikal.

Penunggang motosikal itu memaki hamun pemandu bas berkenaan yang dikatakan melanggar ibunya, sebelum pemandu bas terbabit melarikan diri apabila kenderaan itu tidak bergerak selepas merempuh kenderaan lain.

Berita berkaitan

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/08/368937/update-rupanya-khayal-syabu>

'Mana ada pedang samurai'>

[UPDATE] Pemandu bas Rapid KL masih hidup lah>

Apa masalah pemandu bas ni? [METROTV]

[UPDATE] RapidKL sedia bayar ganti rugi

[UPDATE] Pemandu bas RapidKL panik dikejar?

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Ogos 2018 @ 1:48 PM