PANTAI Batu Feringghi antara kawasan tumpuan pelancong popular di Pulau Pinang. FOTO Arkib NSTP.
PANTAI Batu Feringghi antara kawasan tumpuan pelancong popular di Pulau Pinang. FOTO Arkib NSTP.
Zuhainy Zulkiffli


KESELAMATAN pelancong terutama wanita perlu menjadi keutamaan berikutan Pulau Pinang sentiasa dikenali sebagai destinasi pelancongan selamat.

Exco Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian negeri, Yeoh Soon Hin berkata, kejadian jenayah seperti samun atau cabul dan perkosa pelancong sudah semesti perlu dielakkan bagi menjaga nama baik industri pelancongan.

Beliau berkata, pihaknya berharap unit penguatkuasaan akan menambah rondaan di tempat pelancongan terutama kawasan pantai jauh dari bandar dan jalan utama.

“Saya sudah menghantar surat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, Jabatan Imigresen dan Jabatan Perhutanan bagi menunjukkan keprihatinan dan tindakan terhadap perkara ini.

“Semua pihak harus bekerjasama untuk memastikan tiada kejadian jenayah terhadap pelancong dan pada masa sama, memastikan semua pelancong berasa selamat ketika melawat Pulau Pinang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Ogos 2018 @ 10:03 PM