Muhd Amirul Faiz Ahmad dan Mohd Zamil Sulaiman


SUAMI isteri direman enam hari bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu membabitkan RM600,000, sejak dua tahun lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Syukri Mokhtar di Mahkamah Majistret Kuching, hari ini.

Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman pasangan itu.

Suami isteri, masing-masing berusia 47 dan 53 tahun itu adalah individu terbaru yang ditahan SPRM semalam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM.

Difahamkan, mereka adalah pemilik salah sebuah syarikat.

Sebelum ini, SPRM menahan lima individu termasuk dua penolong pengarah kanan Biro Tata Negara (BTN) dan seorang pesara kerana disyaki melakukan penyelewengan tuntutan membabitkan 43 syarikat tempatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Ogos 2018 @ 5:08 PM