Mohamed Basyir


HUJAN lebat sejak 1.30 pagi tadi mengakibatkan kebanyakan kawasan di Pulau Pinang dinaiki air.

Difahamkan, kejadian bertambah buruk apabila air pasang yang direkodkan berlaku pada 3.50 pagi, mengakibatkan aliran air di sungai melimpah ke kejiranan setempat.

Antara kawasan yang terjejas dengan kejadian banjir kilat itu termasuklah di Jalan Perak, Jalan P Ramlee, Jalan Masjid Negeri dan sebahagian kawasan Tanjung Tokong, di Georgetown.

Kejadian itu antara lain mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit, selain tiada pusat penempatan sementara dilapor dibuka bagi mangsa banjir kilat.

APLIKASI media sosial yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga. FOTO Rasul Azli Samad
APLIKASI media sosial yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga. FOTO Rasul Azli Samad

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Julai 2018 @ 9:14 AM