KETUA Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum (tengah) memantau kakitangan mahkamah ketika aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekeliling kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini. FOTO Hafiz Sohaimi

Wartawan NSTP

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin sudah mengarahkan pegawai khasnya untuk mendapatkan laporan penuh berhubung dakwaan pekerja pembersihan di Mahkamah Kuala Lumpur mengadakan mogok.

“Adalah dimaklumkan saya sudah mengarahkan pegawai saya untuk mendapatkan laporan penuh daripada pegawai yang berkenaan.

“Saya mahu laporan penuh dan telus, tiada yang berselindung,” katanya dalam mesej ringkas, semalam.

Kelmarin, sebuah portal berita melaporkan, hakim di Mahkamah Kuala Lumpur sudah beberapa minggu terpaksa mencuci tandas sendiri selepas pekerja pembersihan di kompleks berkenaan melancarkan mogok.

Laporan itu memetik, seorang daripada hakim kanan berang kerana beliau dan kakitanganny

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Julai 2018 @ 3:31 PM