Suzianah Jiffar

Tuaran: Kerajaan komited dalam isu royalti kepada negeri pengeluar minyak dan perkara itu akan diperhalusi termasuk mekanisme pembayarannya.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan IsmaiI yang akan merujuk dan berbincang isu berkenaan bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita komited dalam perkara ini (royalti) dan tidak ada u-turn (pusingan U) sebab ini janji kita (dalam pilihan raya) dan bagaimana pembayarannya itu adalah perkara lain.

“Kita komited, tetapi kita juga melihat berdasarkan kepada keadaan semasa negara,” katanya selepas merasmikan Seminar Sekeluarga Tolak Pornografi (SToP) di Institut Perguruan Guru (IPG) Kampus Kent di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir baru-baru ini yang menjelaskan bayaran royalti minyak 20 peratus kepada kerajaan negeri tertakluk kepada keuntungan diperoleh syarikat pengeluar yang beroperasi di perairan masing-masing.

DR Wan Azizah melawat ruang pameran pada Majlis Perasmian Seminar Sekeluarga Tolak Pornografi di IPG Kent, semalam.
DR Wan Azizah melawat ruang pameran pada Majlis Perasmian Seminar Sekeluarga Tolak Pornografi di IPG Kent, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Julai 2018 @ 10:24 AM