Kalbana Perimbanayagam dan Nor Azizah Mokhtar


POLIS kini dalam peringkat terakhir penggeledahan di rumah Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur dengan cubaan membuka peti besi lama milik keluarga itu.

Sehingga 7 malam tadi, polis dikatakan masih berusaha membuka dengan cara menggerudi peti besi lama yang terletak di tingkat satu kediaman itu.

Peguam mewakili Najib, Datuk Harpal Singh Grewal mendakwa, kunci peti besi berkenaan sudah hilang menyebabkan pihak polis terpaksa menggerudinya untuk mengenal pasti isi kandungan.

"Sejak 8.30 pagi tadi, beberapa pegawai polis menggerudi peti besi berkenaan yang tidak pernah dibuka sejak 20 tahun lalu kerana kuncinya sudah lama hilang.

"Proses penggerudian yang berlarutan sehingga 5 petang menimbulkan gangguan yang menjejaskan ketenangan di kediaman keluarga Najib," katanya kepada pemberita, di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, tindakan polis melakukan pemeriksaan bermula semalam hingga ke petang tadi turut menjejaskan ibadah puasa bekas Perdana Menteri berkenaan serta ahli keluarga dan staf yang bertugas di situ.

“Selain itu, kehadiran antara 50 hinga 60 anggota polis bagi melakukan pemeriksaan itu juga menimbulkan tekanan perasaan selain mengganggu tidur Najib dan keluarganya berikutan hampir 20 jam pemeriksaan masih dilakukan.

“Setakat ini, tiada sebarang dokumen dibawa keluar oleh pihak polis... hanya beberapa kotak mengandunhngi beg tangan, pakaian serta barang peribadi,” katanya lagi.

Berita berkaitan

'Panggil tukang kunci buka peti besi Najib'

[UPDATE] Terpulang pada polis - Tun M

'Setia menunggu mahu bertemu Najib'

Rumah anak Najib pun diserbu

Polis belum beredar dari rumah Najib

Rampas barang peribadi sahaja - Peguam Najib

Bawa keluar barang rampasan [METROTV]

Polis masih di kediaman Najib

'[UPDATE] Polis sah geledah dokumen di rumah Najib'

'[UPDATE] Polis 'masuk' satu lagi kediaman Najib'

'[UPDATE] Media mula 'berkampung' depan rumah Najib'

'[UPDATE] Polis 'masuk' kediaman Najib di Taman Duta [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mei 2018 @ 8:02 PM