AMAR Singh (kiri) menyaksikan anggotanya memunggah sejumlah bagasi dan kotak dari kediaman di Pavilion Residences Apartment ke dalam trak polis, malam tadi. FOTO Luqman Hakim Zubir
AMAR Singh (kiri) menyaksikan anggotanya memunggah sejumlah bagasi dan kotak dari kediaman di Pavilion Residences Apartment ke dalam trak polis, malam tadi. FOTO Luqman Hakim Zubir
Wartawan NSTP


SELEPAS hampir 24 jam menggeledah kediaman peribadi Datuk Seri Najib Razak, pasukan polis menyambung operasi pencarian di Pavilion Residences Apartment di Kuala Lumpur, malam tadi.

Pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dilihat memasuki kondominium itu termasuk membawa mesin pengira wang.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh yang mengesahkan serbuan itu, turut dilihat bersama pegawai dan anggotanya memunggah sejumlah bagasi dan kotak keluar dari kondominium ke dalam tiga trak polis bermula jam 12.13 tengah malam ini.

Dalam serbuan malam kelmarin, polis membawa keluar beberapa barangan serta dokumen dari kondominium berkenaan.

Malam kelmarin, polis menyerbu kediaman milik Najib di Jalan Langgak Duta, Taman Duta serta tiga unit pangsapuri mewah di Pavilion Residences Apartment.

Serbuan secara serentak mulai jam 10 malam itu dibuat bagi mencari bahan bukti berhubung siasatan polis mengikut Akta Pengubahan Wang Haram terhadap Ahli Parlimen Pekan itu.

Berita berkaitan

6 kereta polis meninggalkan kediaman Najib

Najib tidak puas hati polis geledah terlalu lama

10 jam menggerudi peti besi Najib

Panggil tukang kunci buka peti besi Najib

Terpulang pada polis - Tun M

'Setia menunggu mahu bertemu Najib'

Rumah anak Najib pun diserbu

Polis belum beredar dari rumah Najib

Rampas barang peribadi sahaja - Peguam Najib

Bawa keluar barang rampasan [METROTV]

Polis masih di kediaman Najib

Polis sah geledah dokumen di rumah Najib

Polis 'masuk' satu lagi kediaman Najib

Media mula 'berkampung' depan rumah Najib

Polis 'masuk' kediaman Najib di Taman Duta [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mei 2018 @ 1:21 AM