KENDERAAN polis keluar dari Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. FOTO Aizuddin Saad
KENDERAAN polis keluar dari Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. FOTO Aizuddin Saad
Mohd Husni Mohd Noor

TUJUH kenderaan rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat keluar daripada Kompleks Seri Perdana, di Putrajaya, jam 4.20 petang tadi.

Difahamkan, kehadiran anggota polis berkenaan adalah bagi menyiasat lapan peti besi milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berada di kediaman itu.

Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) membabitkan 10 pegawai dan anggota itu memasuki kompleks berkenaan secara berperingkat kira-kira jam 12.21 tengahari hingga 1.10 tengah hari.

Sementara itu, seorang daripada pegawai di dalam kenderaan polis itu hanya sempat memberi isyarat kosong dengan tangan ke arah media sebelum memecut meninggalkan perkarangan kompleks.

Terdahulu, spekulasi menyatakan tukang kunci akan dibawa ke kediaman tersebut menarik perhatian ramai sehingga mendorong pengamal media berkampung di luar bangunan tersebut sejak 11 pagi ini.

Sebelum ini, dua tukang kunci berjaya membuka peti besi lama di kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Dikatakan pasukan sama turut ditugaskan untuk membuka lapan lagi peti besi yang didakwa tersimpan di Sri Perdana.

Berita berkaitan

SPRM panggil Najib beri keterangan

[UPDATE] 72 bagasi, 284 kotak dirampas polis

[UPDATE] Lima trak polis punggah bukti

[UPDATE] Polis bawa keluar bagasi, kotak

6 kereta polis meninggalkan kediaman Najib

Najib tidak puas hati polis geledah terlalu lama

10 jam menggerudi peti besi Najib

Panggil tukang kunci buka peti besi Najib

Terpulang pada polis - Tun M

'Setia menunggu mahu bertemu Najib'

Rumah anak Najib pun diserbu

Polis belum beredar dari rumah Najib

Rampas barang peribadi sahaja - Peguam Najib

Bawa keluar barang rampasan [METROTV]

Polis masih di kediaman Najib

Polis sah geledah dokumen di rumah Najib

Polis 'masuk' satu lagi kediaman Najib

Media mula 'berkampung' depan rumah Najib

Polis 'masuk' kediaman Najib di Taman Duta [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mei 2018 @ 6:15 PM