SERAMAI 751 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berdaftar sebagai pengundi pos menunaikan tanggungjawab mereka seawal 8 pagi tadi di Mes Pegawai Kanan Polis, Bukit Aman. -Foto Fazrik Kamarudin
SERAMAI 751 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berdaftar sebagai pengundi pos menunaikan tanggungjawab mereka seawal 8 pagi tadi di Mes Pegawai Kanan Polis, Bukit Aman. -Foto Fazrik Kamarudin
Fazrik Kamarudin


SERAMAI 751 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berdaftar sebagai pengundi pos dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) menunaikan tanggungjawab mereka seawal jam 8 pagi tadi di Mes Pegawai Kanan Polis, Bukit Aman.

Proses pengundian pos PDRM itu dikongsi menerusi laman Facebook PDRM.

Selain polis, golongan yang layak mengundi secara pos adalah petugas pilihan raya, tentera, pengamal media serta kakitangan sembilan agensi dan jabatan kerajaan yang tidak boleh keluar mengundi pada pengundian awal 5 Mei ini.

Selain itu, kakitangan sembilan agensi dan jabatan kerajaan, iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Penjara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kesihatan (yang bekerja di hospital dan klinik kerajaan) dan polis bantuan.

SEKITAR proses pengundian pos PDRM di Mes Pegawai Kanan Polis, Bukit Aman. -Foto Fazrik Kamarudin
SEKITAR proses pengundian pos PDRM di Mes Pegawai Kanan Polis, Bukit Aman. -Foto Fazrik Kamarudin

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Imigresen, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dan Jabatan Pendaftaran Negara (kakitangan di Pusat Transformasi Bandar).

Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Perjalanan Pilihan Raya, Mohd Sarif Hassan, dilaporkan berkata kira-kira 12,000 pengundi luar negara dan 299,000 pengundi pos di Malaysia.

SPR dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya PRU-14, seramai 14,940,624 orang berdaftar sebagai pengundi, membabitkan 14,636,716 pemilih biasa; pemilih awal yang terdiri daripada tentera dan pasangan serta polis (300,255 orang) serta pengundi tidak hadir luar negara seramai 3,653 orang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Mei 2018 @ 11:27 AM