ANGGOTA bomba   memotong pokok  tumbang yang  menimpa  kenderaan  ketika ribut  berhadapan Pangsapuri Sri Astana, semalam.
ANGGOTA bomba memotong pokok tumbang yang menimpa kenderaan ketika ribut berhadapan Pangsapuri Sri Astana, semalam.
Mohd Azam Shah Yaacob

Gombak: Sebuah Perodua Myvi yang diletakkan di bahu jalan rosak dihempap pokok tumbang di Jalan Sungai Tua, di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 5 petang itu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa dan hanya menyebabkan kerosakan pada kenderaan berkenaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Selayang Razak Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam memaklumkan kejadian itu jam 5 petang dan tiba di lokasi 18 minit kemudian.

Katanya, ketika tiba sebuah kereta rosak teruk apabila dihempap pokok besar yang turut merentangi jalan.

“Seramai enam anggota diketuai seorang pegawai terbabit dalam operasi memotong pokok itu yang mengambil masa hampir tiga jam untuk dialihkan.

“Operasi mengalihkan pokok itu mengambil masa lama berikutan keadaannya yang besar menyebabkan anggota perlu memotong batang pokok itu dalam saiz lebih kecil bagi memudahkan ia dialihkan,” katanya, semalam.

Katanya, operasi mengalihkan pokok itu tamat sekitar 8 malam..

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 April 2018 @ 10:57 AM