Zatul Iffah Zolkiply


KANAK-KANAK lelaki patah tulang jari manis kanan dipercayai akibat dipukul ibunya dalam kejadian di Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu, semalam.

Kejadian menimpa mangsa berusia enam tahun itu terbongkar ketika dia menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 4 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, mangsa yang cedera dibawa ibu saudaranya ke hospital berkenaan untuk rawatan.

“Ketika dirawat, kanak-kanak terbabit memaklumkan kepada doktor bahawa dia dipukul ibunya pada 2 petang hari sama.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tulang jari manis kanan kanak-kanak itu terkehel dan patah sebelum laporan polis dibuat doktor terbabit,” katanya.

Idris berkata, susulan laporan diterima, wanita berusia 30-an itu ditahan untuk siasatan lanjut, namun kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai soal siasat.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 April 2018 @ 4:05 PM