KERETA api yang dinaiki mangsa di Batu 62, Beaufort. FOTO ihsan pembaca
KERETA api yang dinaiki mangsa di Batu 62, Beaufort. FOTO ihsan pembaca
Norasikin Daineh


REMAJA perempuan maut selepas terjatuh dari kereta api bergerak di Batu 62, dekat Beaufort, hari ini.

Mangsa berusia 15 tahun dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kecederaan di kepala akibat terjatuh.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Remaja perempuan itu duduk di tepi tangga antara dua gerabak dengan kaki terkeluar sebelum kakinya tersangkut pada kayu berhampiran landasan.

“Akibat kejadian itu, mangsa terjatuh dan kepalanya terhempas lalu meninggal dunia,” katanya.

Azmir berkata, kes masih dalam siasatan polis dan maklumat lanjut akan menyusul selepas laporan penuh diperoleh.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Mac 2018 @ 8:40 PM