AB Rauf (kiri) dan Sulaiman pada majlis pelancaran muat turun aplikasi  GPMOTO di MAEPS, Serdang.
AB Rauf (kiri) dan Sulaiman pada majlis pelancaran muat turun aplikasi GPMOTO di MAEPS, Serdang.
Veena Babulal

Kuala Lumpur: Hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM500,000 menanti orang ramai yang mendaftar acara Minggu Permotoran Malaysia 2018 (MBW) yang dijadualkan berlangsung dari 23 hingga 25 Mac ini.

Hadiah itu disediakan untuk mereka yang mendaftar secara dalam talian, menerusi aplikasi GPMOTO yang dilancarkan, semalam.

Presiden Persekutuan Persatuan Permotoran Malaysia (GPMOTO) Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, 40 motosikal membabitkan 30 motosikal model Yamaha Y15 dan 10 unit Benelli serta hadiah utama yang masih misteri, akan diberikan sempena jambori permotoran terbesar di Malaysia itu.

Beliau berkata, kira-kira 30 kenderaan koleksi peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, terdiri daripada trak, kereta klasik, kenderaan pacuan empat roda serta motosikal berkuasa tinggi akan dipamerkan kepada pengunjung sempena acara itu.

“Sultan Ibrahim juga sudah menyatakan perkenan untuk berangkat ke acara terbabit. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, juga dijangka menyertai acara itu.

“Media Prima selaku antara rakan media rasmi acara MBW, akan menganjurkan konsert membabitkan barisan artis popular sempena acara itu,” katanya ketika pelancaran aplikasi GPMOTO, semalam.

Turut hadir, Setiausaha Agung GPMOTO Datuk Sulaiman Samia’an.

Penganjut menganggarkan kira-kira 100,00 pengunjung bakal menghadiri acara MBW 2018 yang dijadualkan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian.

Orang ramai yang mahu mendaftar boleh berbuat demikian dengan melayari sesawang, http://gpmotomalaysia.my atau muat turun aplikasi GPMOTO daripada Google Play Store.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Mac 2018 @ 7:32 AM