LELAKI maut terkena renjatan elektrik di Kampung Sungai Nyior, Tumpat, hari ini. FOTO ihsan pembaca.
LELAKI maut terkena renjatan elektrik di Kampung Sungai Nyior, Tumpat, hari ini. FOTO ihsan pembaca.
Siti Rohana Idris


LELAKI maut selepas terkena renjatan elektrik di Kampung Sungai Nyior, Palekbang, Tumpat, petang tadi.

Dalam kejadian 4.15 petang, mayat mangsa berusia 41 tahun itu ditemui terbaring di dalam semak bersebelahan tiang elektrik.

Ketua Polis Daerah Tumpat Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, terdapat kesan terbakar pada pakaian dan melecur di dada mangsa.

"Turut ditemui sebatang playar yang ada kesan terbakar dan dompet berisi kad pengenalan mangsa.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat," katanya.

Ab Rashid turut menolak kemungkinan terdapat cubaan mencuri kabel kerana setakat ini tiada kes kecurian kabel dilaporkan di daerah Tumpat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Februari 2018 @ 10:16 PM