Nur Afiradina Arshad


TRAFIK dilaporkan lancar di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ke arah Karak.

Aliran trafik dari Plaza tol Gombak ke Terowong Genting Sempah lancar walaupun kenderaan semakin banyak di laluan berkenaan.

Manakala dari Tol Bentong ke Jalan Bentong dan Lurah Bilut juga dilaporkan lancar setakat 10 pagi tadi.

Sementara itu, tinjauan di Lebuhraya Utara Selatan menuju arah selatan didapati mula sesak.

Kesesakan bermula kira-kira 700 meter selepas susur keluar ke Kajang dan dijangka akan berterusan.

Polis menggunakan kereta peronda menyusuri lorong kecemasan di sepanjang laluan terbabit bagi mengelakkan pengguna jalan raya menyalahgunakan lorong berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Februari 2018 @ 11:15 AM