KEADAAN tanah runtuh  di Kilometer 30 Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands dekat Kampung Meter Pos, Betau. FOTO ihsan pembaca
KEADAAN tanah runtuh di Kilometer 30 Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands dekat Kampung Meter Pos, Betau. FOTO ihsan pembaca
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


ORANG ramai diminta berhati-hati melalui Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands berikutan kejadian tanah runtuh dekat Kampung Meter Pos Betau, Lipis, 2.30 petang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, kejadian sepanjang kira-kira 100 meter di Kilometer 30 Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands itu, dimaklumkan orang ramai ke Balai Polis Sungai Koyan sejam kemudian.

Pihaknya sudah menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk tindakan lanjut, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Februari 2018 @ 9:19 PM