Abdul Jalil  (tengah) menunjukkan motosikal peronda polis baru.
Abdul Jalil (tengah) menunjukkan motosikal peronda polis baru.
Nurul Fhatihah Zakinan

Melaka: Lapan anggota bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah selepas gagal ujian saringan air kencing dilakukan sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, jumlah itu menurun sebanyak empat kes berbanding 12 kes dikesan pada 2016.

Beliau berkata, anggota terbabit berusia 28 hingga 49 tahun diarah menjalani ujian saringan air kencing secara rambang oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri menerusi program Skim Kawalan Dadah dan Disiplin (SKDD).

“Penurunan jumlah kes membuktikan keberkesanan SKDD. Proses itu dilakukan secara mengejut malah ketua jabatan atau ketua polis daerah tidak dimaklumkan mengenai kedatangan pegawai JSJN.

“Mereka yang dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah dirujuk ke pihak atasan untuk tindakan tatatertib.

“Kami tidak boleh berkompromi dalam hal ini dan individu berkenaan boleh dibuang kerja dan didakwa di mahkamah,” katanya selepas menghadiri program perhimpunan bulanan di IPK Melaka, Bukit Beruang, di sini, semalam.

Pada program sama, Abdul Jalil menyampaikan pingat dan sijil penghargaan kepada seekor anjing daripada Unit Anjing Pengesan (K9) IPK Melaka yang diberi nama Xiao Hu berusia lapan tahun.

 Amit  bersama anjing jenis German Shepherd bernama Xiao Hu.
Amit bersama anjing jenis German Shepherd bernama Xiao Hu.

Haiwan itu diberikan penghargaan atas kejayaan mengesan bukti pendakwaan terhadap tiga suspek dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di Krubong, Disember lalu.

Selain anjing baka German Shepherd itu, jurulatihnya Lans Koperal Welster Amit, 28, turut menerima pengiktirafan disampaikan Abdul Jalil.

Selain itu, Abdul Jalil turut mengumumkan IPK Melaka menerima 19 motosikal Kawasaki Z250 bagi kegunaan Unit Rondaan Bermotosikal dengan masing-masing tiga ditempatkan di IPK negeri, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah (8), IPD Alor Gajah (6) dan IPD Jasin (2).

Keterangan gambar

1. ABDUL Jalil menyampaikan sijil kepada penerima.

ends/salman

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 January 2018 @ 4:24 AM