Mohamed Nazri  (tengah) pada perasmian Pameran Kartun dan Kita serta Pelancaran Kalendar Acara  JMM  2018 di Muzium Negara,   semalam.
Mohamed Nazri (tengah) pada perasmian Pameran Kartun dan Kita serta Pelancaran Kalendar Acara JMM 2018 di Muzium Negara, semalam.
Mohd Nasif Badruddin

Kuala Lumpur: Kartunis bukan hanya menyampaikan mesej kepada masyarakat melalui karya dihasilkan, malah turut ‘menjentik’ pemimpin politik dalam bentuk satira supaya sedar dengan amanah digalas mereka.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, masyarakat kini sudah keluar daripada zaman konservatif dan boleh menerima kritikan.

Katanya, ahli politik terdedah kepada kritikan dan orang pertama yang mengkritik adalah kartunis, tetapi mereka tidak ‘terasa hati’ kerana ia disampaikan dalam bentuk humor dan karikatur menggunakan tulisan tertentu.

“Kalau tidak boleh dikritik, duduk dalam rumah. Jangan masuk politik, kita kena muka tebal dan jangan telinga nipis.

“Saya terbuka untuk dikritik, tetapi kalau saya kritik balik jangan marah.

“Kartunis tidak boleh disekat untuk menghasilkan karya kreatif atau mengkritik, tetapi mereka harus ada had dan jangan menghasut,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pameran Kartun dan Kita serta Pelancaran Kalendar Acara Jabatan Muzium Malaysia (JMM) 2018 di Muzium Negara di sini, semalam.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohamed Nazri berkata, 3,181,012 orang berkunjung ke muzium di bawah JMM tahun lalu, meningkat 4.2 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu 3,053,526 orang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 January 2018 @ 4:36 AM