Mohd Hasbi Sidek


JABATAN Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan satu sindiket dadah dengan menahan lapan lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM721,000 dalam enam serbuan di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor sejak 11 malam Rabu lalu.

Turut ditahan seorang anggota polis selain JSJN juga menyita lapan kenderaan, wang tunai dan barang kemas dianggarkan bernilai RM2.73 juta.

Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, hasil operasi dengan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor, pihaknya menahan tujuh lelaki dan seorang wanita berusia dari 32 hingga 59 tahun. ‎

ANTARA dadah dan barangan yang dirampas. FOTO Ihsan PDRM
ANTARA dadah dan barangan yang dirampas. FOTO Ihsan PDRM

"Mereka didapati bergiat aktif dalam sindiket pengedaran dadah. Pihak polis merampas 10.3 kilogram (kg) syabu, 56 gram ketamin, 7.9 gram ganja, 10 biji pil eramin 5, 42 biji pil ekstasi.

“‎Serbuan di Jalan Usahawan, Setapak, menahan seorang lelaki yang juga anggota polis. Pemeriksaan di rumah suspek menemui 50 peluru 9mm," katanya.

‎Beliau berkata, serbuan di sebuah kondominium di Sri Petaling, dekat sini, menemui wang tunai bernilai RM2.1 juta.

‎"Semua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 January 2018 @ 3:29 PM