AHMAD Zahid beramah mesra dengan anak-anak Angkat MCPF di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.
AHMAD Zahid beramah mesra dengan anak-anak Angkat MCPF di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.
Mohd Nasif Badruddin

Kuala Lumpur: Pelbagai undang-undang berkaitan kesalahan juvana perlu ditambah baik ada diulang kaji semula supaya ia tidak hanya bersifat menghukum, tetapi juga harus mendidik.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kurikulum yang dijalankan di Sekolah Henry Gurney umpamanya adalah kaedah agak berkesan kerana pelaku jenayah dalam kalangan remaja dan kanak-kanak ini bergaul sesama mereka serta belajar akademik.

“Jika diletakkan dalam penjara, mereka akan belajar melakukan jenayah yang lebih berat dan penjara jadi sekolah latihan jenayah.

“Oleh demikian kita asingkan mereka di Henry Gurney dan institusi lain di mana mereka mengambil peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Kebanyakannya yang keluar dari tempat itu berjaya dipulihkan dan hanya sebilangan kecil yang gagal,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Pencegahan Jenayah Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya 2018 di Menara Kembar Bank Rakyat, di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan, Naib Presiden Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi Jawatankuasa Induk konvensyen yang juga Pengerusi MCPF Kuala Lumpur Bok Siew Mun dan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kelab pencegahan jenayah di peringkat sekolah perlu diisi dengan pelbagai program di luar kelas dan tidak terhad kepada ceramah saja bagi mendedahkan pelajar mengenai bahaya jenayah serta cara mengelaknya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 January 2018 @ 3:47 AM