ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di gerabak tren monorel di Stesen Medan Tuanku Jalan Sultan Ismail dalam Latihan Simulasi Pelan Tindakan Kecemasan Laluan Monorel Kali Ke-3: EX-FOXTROT 17.
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di gerabak tren monorel di Stesen Medan Tuanku Jalan Sultan Ismail dalam Latihan Simulasi Pelan Tindakan Kecemasan Laluan Monorel Kali Ke-3: EX-FOXTROT 17.
HM Digital

Kuala Lumpur: Sebanyak enam agensi penyelamat dan penguatkuasaan menjayakan Latihan Simulasi Pelan Tindakan Kecemasan Laluan Monorel Kali Ke3: EX-FOXTROT 17 yang diadakan di Stesen Monorel Medan Tuanku, Jalan Sultan Ismail, malam semalam sebagai persediaan menangani kecemasan perkhidmatan tren berkenaan.

Latihan bermula jam 11.30 malam hingga 3 pagi berkenaan membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Unit Kecemasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta syarikat pengurusan monorel, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana).

Ketua Balai Polis Dang Wangi Asisten Superintendan Mohd Maizuri Abdul Mahid berkata, latihan bersama itu diadakan seperti keadaan sebenar bagi membolehkan pasukan menyelamat serta agensi penguat kuasa dapat memberi tindak balas segera dalam situasi getir.

Katanya, latihan bukan saja membabitkan operasi memadam, sebaliknya operasi mencari serta mengeluarkan penumpang serta mangsa yang terperangkap dalam tren.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Disember 2017 @ 5:49 AM