IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Nurul Hidayah Bahaudin


RUMAH di Batu 11, Jalan Gombak, Gombak, dikatakan berikutan paip bawah tanah bocor.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.35 tengah hari Sabtu.

“Kebocoran itu menyebabkan air melimpah memasuki rumah berkenaan sekali gus mengakibatkan lantai pecah,” katanya.

Mohd Sani berkata, lantai yang pecah turut mengakibatkan pasir naik ke permukaan.

Menurutnya, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sudah menutup bekalan air berkenaan.

“Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) turut berada di lokasi kejadian bagi pemantauan memandangkan struktur rumah itu berisiko buat penghuninya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 November 2017 @ 11:37 PM