Nurul Hidayah Bahaudin


KEJADIAN tanah mendap yang mengakibatkan kereta terjatuh ke dalam lubang di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur, semalam berpunca akibat paip bawah tanah milik Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) pecah.

Pengarah Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Khairul Azmir Ahmad berkata, tindakan mengeluarkan kereta yang terjatuh ke dalam mendapan tanah itu dilaksanakan pihaknya dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kejadian itu (mendapan tanah) dikenal pasti berpunca daripada paip air bawah tanah milik SYABAS pecah.

“Kerja baik pulih paip bocor dan penurapan semula permukaan jalan dilakukan kontraktor SYABAS.

“Keadaan kembali pulih sedia kala pada tengah hari tadi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan kereta dipandu wanita, 42, terjatuh ke dalam lubang seluas tiga meter di lokasi pada 11.35 malam.

Pemandu berkenaan yang juga kakitangan di syarikat swasta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Berita berkaitan:

  • Tanah mendap punya pasal [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 November 2019 @ 6:33 PM
    KERJA baik pulih paip bocor dan penurapan semula permukaan jalan dilakukan kontraktor SYABAS selepas kereta terjatuh ke dalam lubang akibat mendapan tanah (gambar kecil).
    KERJA baik pulih paip bocor dan penurapan semula permukaan jalan dilakukan kontraktor SYABAS selepas kereta terjatuh ke dalam lubang akibat mendapan tanah (gambar kecil).