WANITA ditemui meninggal dunia selepas melahirkan bayi lelaki di dalam tandas di sebuah hotel bajet di Kota Kinabalu. FOTO Amniera Nazira Amran
WANITA ditemui meninggal dunia selepas melahirkan bayi lelaki di dalam tandas di sebuah hotel bajet di Kota Kinabalu. FOTO Amniera Nazira Amran
Junaidi Ladjana


WANITA ditemui meninggal dunia selepas selamat melahirkan bayi lelaki di dalam tandas di hotel bajet di Jalan Gaya, Kota Kinabalu, hari ini.

Kejadian itu disedari pekerja di hotel kira-kira 7 pagi selepas terdengar suara bayi menangis sebelum menghubungi polis.

Difahamkan, wanita yang berusia 20 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh paramedik yang tiba tidak lama kemudian.

Mayatnya kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

Bayi lelaki yang dipercayai dilahirkan ketika kandungan ibunya berusia tujuh bulan kini dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas.

Difahamkan, wanita itu dipercayai mendaftar masuk semalam dan sepatutnya mendaftar keluar tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun siasatan masih diteruskan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 November 2017 @ 10:27 PM