Hue (bawah enam kanan) bergambar bersama peserta.
Hue (bawah enam kanan) bergambar bersama peserta.
HM Digital

Putrajaya: Pembekal produk penjagaan kesihatan terkemuka, GINTELL Malaysia dilantik sebagai produk penjagaan kesihatan rasmi bagi penganjuran Miss Cosmo World 2017.

Bagi meraikan pelantikan berkenaan, semua 32 peserta akhir menyertai sesi pameran produk Gintell di Centre Court, pusat beli-belah IOI City Mall, di sini, semalam.

Jurucakap GINTELL Malaysia berkata, pihaknya turut memperkenalkan satu anugerah khas iaitu Miss Perfect Body yang menawarkan hadiah wang tunai RM1,000.

Beliau berkata, setiap peserta Miss Cosmo World 2017 turut dihadiahkan bantal GINTELL Magic bernilai RM398.

“Miss Cosmo World 2017 dianjurkan CL Skin Sdn Bhd menampilkan peserta dari seluruh dunia termasuk Hong Kong, Chile, Argentina, Singapura, Indonesia, Korea, Thailand, Turkmenistan, Russia, Kemboja, Myanmar, Kazakhstan, Slovakia, Iran, Filipina dan Malaysia,” katanya ketika ditemui pada sesi memperkenalkan Miss Cosmo World 2017 dan Miss Perfect Body (GINTELL) di sini, semalam.

Pada majlis itu, peserta Svetlana Sheyko dari Russia diumumkan sebagai Miss Perfect Body, sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,000 dan trofi.

Hadiah disampaikan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan GINTELL Simon Hue.

Terdahulu, pada majlis sama, setiap peserta turut melakukan persembahan cat walk bersama produk Gintell, sesi temu bual bersama juri dan pengumuman Miss Perfect Body 2017.

GINTELL Malaysia kini mempunyai lebih 100 cawangan di seluruh negara dan diiktiraf sebagai rangkaian kedai produk penjagaan kesihatan terbesar di Malaysia oleh Malaysia Book of Records pada 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 November 2017 @ 7:18 AM