PESERTA di Pulau Pinang meriahkan acara Zumba Tour.
PESERTA di Pulau Pinang meriahkan acara Zumba Tour.
PESERTA Zumba Tour di Pulau Pinang bersemangat melakukan tarian zumba.
PESERTA Zumba Tour di Pulau Pinang bersemangat melakukan tarian zumba.
Hamizah Badiran


Kemeriahan Zumba Tour oleh Watsons Malaysia di Pulau Pinang dan Ipoh, Perak, minggu lalu begitu terasa
apabila menarik hampir 200 pengunjung terdiri daripada peminat zumba dan penduduk setempat.

Berlangsung dalam suasana cukup meriah, Zumba Tour itu diadakan sempena acara Watsons Move Your Body 2017 yang bakal kembali buat kali keempat pada 21 Oktober depan di Sunway Lagoon Surf Beach.

Aktiviti itu dimulakan dengan sesi pendaftaran dan ucapan alu-aluan oleh pakar nutrisi Watsons sebelum peserta memulakan tarian zumba yang diketuai tenaga pengajar, Lisa Lim (Pulau Pinang) dan Janice Kong (Ipoh).

Dua peserta bertuah turut membawa pulang tiket Watsons Move Your Body Zumba 2017 bernilai RM196.

Acara tahunan Watsons Move Your Body Zumba 2017 ini bukti inisiatif Watsons Malaysia menarik orang ramai melakukan amalan gaya hidup sihat mencapai matlamatnya.

Ia selari dengan usaha Watsons yang sentiasa berusaha menjalankan kempen inovatif dalam memperkasakan kesihatan dan kecantikan setiap rakyat seiring dengan slogan ‘Look Good, Feel Great’.

Watsons Move Your Body Zumba juga adalah acara ikonik yang dianjurkan bagi menghargai sokongan pelanggan setia Watsons selama ini.

Peminat zumba dan ahli VIP Watsons boleh membeli tiket pada harga RM78.40* di semua cawangan Watsons di Lembah Klang dan Seremban atau secara dalam talian dengan tiket dijual bermula 1 Jun lalu.

Orang ramai dan ahli VIP Watsons akan mendapat potongan harga tiket 20 peratus apabila mereka membeli produk daripada jenama yang mengambil bahagian dalam Watson Move Your Body Zumba 2017.

Sementara itu, peminat zumba di selatan tanah air bersedia kerana Zumba Tour akan ke Johor Bahru (Jatomi Fitness City Square) dan Melaka (Dataran Pahlawan Megamall) esok dan lusa.

Jangan lepaskan peluang ini dan ikuti laman rasmi Facebook Watsons Malaysia untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai lokasi Zumba Tour, tarikh serta waktu bagi maklumat lanjut mengenai program itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Julai 2017 @ 7:08 AM