WANITA yang juga tukang urut ditahan ketika asyik khayal dadah syabu ketika serbuan di Ampang. FOTO ihsan AADK
WANITA yang juga tukang urut ditahan ketika asyik khayal dadah syabu ketika serbuan di Ampang. FOTO ihsan AADK
Nabihah Kamal

 

WANITA yang juga tukang urut antara 10 individu yang ditahan dalam serbuan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sekitar Ampang bermula 8 malam hingga 12 tengah malam tadi.

Wanita berusia 39 tahun itu ditahan pada 9 malam dalam keadaan khayal dadah di rumahnya di Ulu Kelang dan ujian air kencing terhadapnya mendapati dia positif syabu.

Dia juga menjadikan rumahnya sebagai pusat urut untuk pelanggan terutama lelaki.

Penyelaras Operasi AADK Mohd Alam Shah Hamdan berkata, 10 individu yang ditahan, semuanya positif syabu.

"Hasil serbuan berjaya menahan sembilan lelaki dan seorang wanita yang juga tukang urut berusia antara 34 hingga 45 tahun.

"Turut dirampas alat yang digunakan untuk menghisap dadah seperti botol kaca yang diubahsuai," katanya.

Katanya, mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Oktober 2017 @ 4:23 PM