Muhaamad Hafis Nawawi


WANITA sakit mental berusia 33 tahun patah tulang belakang selepas terjun dari tingkat lima Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, hari ini.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa difahamkan datang ke HSB untuk melawat rakannya.

Menurutnya, mangsa kemudian naik ke tingkat lima sebelum terjun dan terhempas di tingkat dua.

“Wanita terbabit kini diberi rawatan kecemasan di Jabatan Kecemasan dan Trauma HSB.

“Keadaannya dilaporkan stabil dan masih sedar manakala ujian imbasan mendapati dia patah tulang belakang," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar Superintendan Yazri Ismail berkata, mangsa ke HSB pada waktu melawat kemudian ke tingkat lima dan membuka tingkap sebelum terjun.

“Hasil temubual dengan keluarganya, mangsa disahkan menghidap sakit mental.

“Siasatan lanjut dijalankan dan mangsa kini menerima rawatan di HSB," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 September 2017 @ 10:15 PM
Mangsa patah tulang belakang selepas terjun dari tingkat lima HSB ditemui orang ramai dan petugas hospital di tingkat dua. FOTO tular di media sosial
Mangsa patah tulang belakang selepas terjun dari tingkat lima HSB ditemui orang ramai dan petugas hospital di tingkat dua. FOTO tular di media sosial