SEKOLAH Kebangsaan Seri Banai ditutup akibat banjir. FOTO Amran Hamid
SEKOLAH Kebangsaan Seri Banai ditutup akibat banjir. FOTO Amran Hamid
Aizat Sharif


MANGSA banjir di Kedah yang ditempatkan di 21 pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 2,746 orang hari ini berbanding 3,439 semalam.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), sehingga 12 tengah hari tadi, jumlah mangsa menurun selepas 12 PPS membabitkan tiga di Kuala Muda, satu di Kota Setar, enam di Jitra dan dua di Pokok Sena sudah ditutup.

Mangsa yang ditempatkan di PPS sekitar daerah Kota Setar adalah seperti Pusat Pemindahan (PP) Sekolah Kebangsaan Titi Gajah, Alor Setar membabitkan 334 orang mangsa, PP SK Seri Gunung (151), PP SK Alor Mengkudu (117), PP Dewan Taman Sri Bagan (95), PP Surau Assyakirin, Kepala Batas (75), PP SK Bukit Pinang (40), PP Dewan Wawasan Kampung Kelompang (32), PP Surau Pondok Kepala Bukit (88), PP Masjid Kampung Lengkuas (46) PP Kampung Suka Menanti (26) dam PP SK Taman Aman (9) dan PP Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perak seramai 13 orang.

Sementara itu, mangsa banjir di daerah Kubang Pasu ditempatkan di PP Dewan Lubuk Batu (512), PP SMK Mahawangsa (182), PP Dewan Tokong Cina (167) dan PP SK Kodiang Lama seramai 41 orang.

Di daerah Pokok Sena pula, lima pusat pemindahan menempatkan mangsa banjir ialah di PP SK Bukit Hijau dengan 439 orang mangsa, PP Dewan Lubuk Keriang (35), PP Dewan Kampung Permatang Limau (35) dan PP Dewan Orang Ramai Kampung Empa dengan 16 orang mangsa.

Sementara itu, 280 orang mangsa daripada 77 keluarga ditempatkan di PP Dewan Sukan Tanah Merah di daerah Pendang.

Tinjauan Harian Metro di Sekolah Kebangsaan Seri Banai, Jitra pula mendapati anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Jitra membantu guru dan ibu bapa serta murid sekolah itu membersihkan blok bangunan sekolah yang sebelum ini dinaiki air.

Sekolah berkenaan juga masih lagi ditutup untuk sesi pengajian kerana hampir separuh perkarangan sekolah berkenaan digenangi air sejak banjir yang melanda kawasan itu tiga hari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 September 2017 @ 2:26 PM