ANGGOTA Batalion ke 4 Rejimen Sempadan dan Rejimen Askar Jurutera Diraja memulakan kerja membina jambatan sementara. FOTO ihsan ATM
ANGGOTA Batalion ke 4 Rejimen Sempadan dan Rejimen Askar Jurutera Diraja memulakan kerja membina jambatan sementara. FOTO ihsan ATM
KEADAAN jambatan yang menghubungkan Kampung Bonggor dengan Pekan Gerik yang runtuh akibat hujan lebat. FOTO ihsan ATM
KEADAAN jambatan yang menghubungkan Kampung Bonggor dengan Pekan Gerik yang runtuh akibat hujan lebat. FOTO ihsan ATM
Farah Suhaidah Othman


HUJAN lebat mengakibatkan paras air Sungai Pieh, di Gerik naik mendadak hingga mengakibatkan jambatan sementara di Jalan Kampung Bonggor, Bersia, Gerik runtuh pagi semalam.

Susulan kejadian itu, difahamkan kira-kira 1,500 penduduk terputus hubungan dari Kampung Bonggor ke pekan Gerik sejak jam 10 pagi semalam.

Panglima 2 Briged, Datuk Mohd Nizam Jaafar berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Hulu Perak berhubung kejadian sebelum perkara itu dimaklumkan kepada Markas 2 Divisyen.

Katanya, makluman berhubung kejadian itu bagi membolehkan markas berkenaan meluluskan pergerakan kumpulan jurutera tentera bagi pembinaan jambatan sementara di lokasi berkenaan.

“€œPegawai dan anggota dari Batalion ke 4 Rejimen Sempadan digerakkan ke lokasi bagi memberi bantuan awal sebelum kerja-kerja pembaikan jambatan dijalankan bagi mengenal pasti kerosakan serta jenis jambatan yang sesuai dibina di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Nizam berkata, selepas peralatan untuk jambatan sementara itu tiba dari Taiping petang tadi, seramai 78 pegawai dan anggota dari Batalion ke 4 Rejimen Sempadan dan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) memulakan pembinaan.

"Pembinaan jambatan sementara sepanjang 26 meter itu sepatutnya mengambil masa lima jam untuk disiapkan namun keadaan cuaca dan laluan sempit di lokasi berkenaan mengambil sedikit masa untuk disiapkan.

“Jambatan berkenaan dijangka siap pada 10 pagi esok,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 September 2017 @ 9:22 PM