KAKITANGAN Pos Malaysia, Nurshafiqa Mat Kasim menunjukkan setem dan sampul surat keluaran khas ‘Negaraku’.
KAKITANGAN Pos Malaysia, Nurshafiqa Mat Kasim menunjukkan setem dan sampul surat keluaran khas ‘Negaraku’.
Siti Fatimah Nasir


Kuala Lumpur: Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan setem ‘Negaraku’ bermula 14 September.

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia, Diyana Dean Abdullah berkata, setem Negaraku yang dihasilkan itu adalah hasil karya seni terpilih daripada pelajar sekolah menerusi Pertandingan Seni Negaraku yang diadakan pada Mei lalu.

“Siri setem Negaraku pada kali ini akan menampilkan empat reka bentuk setem bernilai 55 sen dan 65 sen yang melambangkan semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia berbilang budaya serta etnik.

“Selain itu, kami juga mengeluarkan setem lembaran mini (MS) yang mempunyai logo Negaraku yang dijual pada harga RM3.20 dan RM6.35 setiap satu,” katanya ketika sesi pratonton koleksi setem berkenaan di Galeri Setem Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 September 2017 @ 5:43 AM