Sebahagian daripada sukarelawan membabitkan penduduk kampung, kakitangan Etiqa dan IAM bergotong-royong membantu mengangkat paip air pada Program Pembinaan Tandak Air Bersih Untuk Komuniti di Kampung Chuchoh Puteri, Kuala Krai. FOTO Siti Nadzirah Che Mud
Sebahagian daripada sukarelawan membabitkan penduduk kampung, kakitangan Etiqa dan IAM bergotong-royong membantu mengangkat paip air pada Program Pembinaan Tandak Air Bersih Untuk Komuniti di Kampung Chuchoh Puteri, Kuala Krai. FOTO Siti Nadzirah Che Mud
Siti Nadzirah Che Mud


MASALAH bekalan air bersih yang dihadapi 1,500 penduduk Kampung Chuchoh Puteri, Kuala Krai, sejak 30 tahun lalu bakal berakhir tidak lama lagi apabila Etiqa Takaful Berhad (Etiqa) membantu membina kawasan tadahan air baru.

Sebelum ini penduduk kampung berdepan kesulitan sehingga terpaksa mengambil bekalan air dari sungai yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumah masing-masing.

Ketua Pengedaran Wilayah Etiqa, Rudy Rodzila Che Lamin berkata, projek membabitkan kos sebanyak RM100,000 di bawah program Etiqa Cares dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia (IAM) adalah sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi kehidupan yang sihat.

Katanya, pihaknya komited dan prihatin terhadap nasib yang dilalui penduduk kampung kerana terpaksa menggunakan air paip yang kemungkinan sudah tercemar.

"Oleh itu, kami mengambil inisiatif dengan membina kawasan tadahan baru menukar paip baru untuk menyambung air ke setiap rumah.

"Kita berharap mereka mendapat kehidupan lebih baik dengan menggunakan bekalan air bersih untuk kehidupan harian. Dengan kemudahan ini, kita mahu mereka menggunakannya sebaik mungkin "katanya selepas merasmikan Program Pembinaan Tandak Air Bersih Untuk Komuniti Kampung Chuchoh Puteri hari ini.

Dalam program berkenaan seramai 200 sukarelawan membabitkan penduduk kampung, kakitangan Etiqa dan sukarelawan IAM bersama-sama bergotong-royong menjayakan projek berkenaan.

Menurutnya, projek itu akan dijalankan secara bergotong-royong bersama penduduk dan akan siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Keterangan dalam gambar

1- Kira-kira 200 sukarelawan membabitkan penduduk kampung,kakitangan Etiqa dan sukarelawan IAM bersama bergotong royong mengangkat paip air dalam Program Pembinaan Tandak Air Bersih Untuk Komuniti di Kampung Chuchoh Puteri di sini hari ini.

2- Ketua Pengedaran wilayah Etiqa, Rudy Rodzila Che Lamin (kiri) menyempurnakan perasmian pembinaan tandak air dalam Program Pembinaan Tandak Air Bersih Untuk Komuniti di Kampung Chuchoh Puteri di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Ogos 2017 @ 4:58 PM