Mohd Hilmie Hussin


SEORANG penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cedera tiga jari tangan kiri akibat bergelut dengan lelaki dipercayai penagih dadah yang cuba meloloskan diri di bekas tapak pelupusan sampah Krubong, Melaka, hari ini.

Dalam kejadian 11 pagi itu, Al-Azri Anwar, 31, cedera jari ketika cuba menahan seorang lelaki dari meloloskan diri dengan menunggang motosikal.

Azri berkata, tulang jarinya dipercayai retak.

Lelaki itu bagaimanapun ditahan selepas motosikalnya terbalik.

Op Perdana AADK negeri dan ibu pejabat itu dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bermula 5.45 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Ogos 2017 @ 12:42 PM
Penguat kuasa AADK cuba menahan penagih yang melarikan diri. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber
Penguat kuasa AADK cuba menahan penagih yang melarikan diri. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber